Tuesday, January 31, 2006

Nenekku

Tahun Baru Cina yang sudah berlalu menandakan bermulanya Tahun Anjing oleh masyarakat Cina di Malaysia, harapan yang meninggi dipendamkan seperti tahun yang lepas. Cuti panjang selama beberapa hari dimanfaatkan oleh keluargaku untuk pulang ke kampung di Melaka. Sepanjang perjalanan, fenomena yang tidak asing lagi di Malaysia telah dijangka. Bermula di persimpangan keluar ke Seremban daripada lebuhraya utara-selatan, bibit bibit kebosanan di dalam kereta telah mula tergambar di benak fikiran apabila aku melihat deretan kereta seperti sekawan tebuan berterbangan yang tiada penghujungnya. Tiadalah gunanya untuk dikesalkan oleh kerana ini ialah suatu fenomena yang tidak asing lagi semasa musim perayaan. Akhirnya, empat jam masa diambil untuk aku dan keluargaku untuk tiba di bandar Melaka, disambut oleh senyuman nenek kesayangan yang telah lama menanti. Setibanya aku di rumah nenek, masa pantas berlalu apabila aku terus menjamu selera masakan asam pedas nenekku. Kegembiraannya tidak terhingga sehingga aku sengaja makan dengan banyaknya semata-mata untuk mengukir senyuman di wajah tuanya yang bercahaya. Setelah menjamu selera, aku menjamu panorama indah di luar rumah yang dihiasi oleh pohon pohon orkid yang menawan bak taman di kayangan.

Aku berkata kepada nenekku, "Nenek, cantiknya pokok pokok orkid ini."

Nenekku menjawab, "Cantik memang cantik jad. Tapi, setiap minggu nenek kena pergi pasar beli satu plastik berisi kerang sebab pokok pokok ni."

Aku yang tidak dapat faham cuba mendapatkan kepastian, "Kenapa nenek beli kerang untuk pokok pokok ni?"

"Nenek letak kerang hidup kat pokok orkid ni. Ganti sebagai baja."

"Ye ke, nek? Lar, ijad tak tau pulak yang kerang hidup boleh diguna sebagai baja," jawabku yang dalam kekeliruan.

"Ye jad, kerang hidup lagi bagus daripada baja yang dibeli di kedai," nenekku menjelaskan.

"Mm, ijad belajar benda baru ni. Kerang hidup sebagai baja. Nanti ijad nak cuba la kat rumah nanti," jelasku dengan bersemangat.

Aku belajar pengetahuan baru semasa cuti hari itu.
Terima kasih nenek.



Haha, it is kind of weird writing in Bahasa Melayu. But hey, I am a Malay and a Malaysian. Proud of that. Do not ever forget your root =)

No comments: