Wednesday, October 18, 2006

Faraway Aidilfitri

Lamunanku terhenti,
Anak mataku meliar-liar mencari,
Secahaya mentari,
Yang kemaluannya,
Diselubungi dek awan,
Daun-daun berguguran,
Angin sejuk,
Yang menerjah tulangku,
Aku mencari,
Aku gagal,
Aku mencari,
Aku gagal,
Lalu aku mengimaji,
Panorama halaman tanahairku,
Mataku ditutup,
Anjakan minda ke suatu tanah,
Aku tersenyum,
Hatiku menangis,
Aku tersenyum,
Hatiku menangis gembira,
Terhenti lamunan,
Lintasan kelibat,
Ayahanda dan bonda,
Keriuhan manja,
Adik-adikku,
Sentuhan emas,
Nendaku,
Mengusap rambut hitamku,
Bak sutera,
Aku tersenyum lantarannya,
Lamunanku tersentak,
Takbir raya yang kubayangkan,
Ku singkap,
Sejarah masa riang,
Kecilku,
Malam,
Yang tiada penghujungnya,
Siang esok,
Yang tiada suramnya,
Hanyalah cahaya kegembiraan,
Diriku ini,
Membayangkan,
Walaupun jauh anakanda,
Usah diukur jangkalnya,
Usah diresah keadaannya,
Anakanda menumpang gembira,
Anakanda menangguh kesyukuran,
Cahaya tanahair yang tiada penggantinya,
Kerna anakanda percaya,
Di sebalik awan,
Ada cahaya,
Walaupun setulus benang sutera Cina ;)

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

" The absence of my favourite lemang and rendang ayam isolates my soul when the day comes, only the favour thought from my loved ones in Malaysia brings back the runaway soul "

Lots of loves and regards,

From Nottingham to Malaysia : S H A R A Z A D

8 comments:

.arfa. said...

Gosh.Beautiful.Eliminates all of my excuses as to why I cannot balik kampung for Raya. Hmm.. my Raya's gonna be different too. something's missing. or perhaps, someone? but it's not all doom and gloom. familiar faces on pagi Raya. can't wait ;)selamat berhari raya di perantauan =)

Mohd Sharazad Saiful Bahri said...

Take care Puteri Arafah ;)

Happy selalu ya?

Anonymous said...

musafir di aidilfitri..

Gema takbir di subuh hari
Menjelang sudah aidil fitri
Tapi hamba musafir diri
Ke sana sini membawa diri

Ayah ibu lamalah pergi
Pergi menyahut seruan Illahi
Tinggal hamba seorang diri
Tiada siapa ingin hampiri

( korus )
Oh Tuhan Yang Maha Kaya
Hamba menangis di pagi raya
Aidil fitri hari bahgia
Tapi hamba dilanda derita

Pusara ayah dan juga ibu
Di pagi bahgia hamba kunjungi
Dengarlah ini ratapan anakmu
Hamba musafir di aidil fitri

p/s:..same feeling with u but different situation..

Mohd Sharazad Saiful Bahri said...

;)
Cherish the day.
You deserve it.

afas said...

seLamat ari ghayo ijad
poser cukop x?

kira 0 0 la ijad yo

kat cna main mercon buloh x?

Mohd Sharazad Saiful Bahri said...

Heyyyyyy my childhood friend Hafas.

Cakap nogoghi tak pandai la.

Haha.

Selamat Hari Raya to you too.

Kirim salam kat kawan-kawan di halaman rumah.

To Min, Jaar, and Zaim.

;)

Nak kahwin tunggu aku balik ya?

*cosmic freak* said...

selamat hari raya doc! (",)

Anonymous said...

wahh... syahdunya..