Thursday, August 31, 2006

Merdeka

(Coretanku ditemani lagu orkestra Di Mana Kan Ku Cari Ganti)

Di sebalik citrawarna kehujanan bunga-bunga api yg aku saksikan dari tempat kumenghirup aroma kopi menjelang jam 12 malam semalam, hati kecilku bertanya - apakah erti kemerdekaan yang sebenarnya? Aku melihat anak-anak bangsa dari pelbagai kaum dari pelbagai warna kulit menghiasi malam di sekitar KLCC dengan satu warna bendera tanahairku, Malaysia. Turut menyerikan suasana kehadiran pelancong-pelancong asing yang turut sama meraikan semangat kebangsaan negara tercintaku.

Aku terpegun dengan hujan-hujan warna berlatarkan langit malam yang terang, tetapi adakah aku pegun dengan kemerdekaan ini? Walaupun umur aku hanyalah separa jagung ulangtahun, aku masih tertanya-tanya, apakah kemerdekaan yang sebenarnya? Inkuiriku bertanya kepada ayahandaku beberapa hari yang lalu, siapakah yang memperjuangkan kemerdekaan kita sebenar-benarnya? Guru-guru dan penulis-penulislah yang erti penat dan putus asa tidak wujud dalam diari hidup mereka, yang terus menyuarakan perjuangan, yang terus mendaulatkan jati diri dan hak-hak bangsa Melayu, yang tidak tunduk di bawah telunjuk-telunjuk kuasa kolonilah - pejuang-pejuang sebenar yang patut tercatit di dalam buku sejarah kita. Bukannnya pemimpin yang menjadi boneka melaungkan laungan kosong, dan bukanlah pemimpin yang tunduk di bawah telunjuk jari-jemari koloni yang bermandi air kotor dengan pegangan kolot 'white men are always right'.

Kemerdekaan ini dipotraitkan dengan bangunan-bangunan yang mencakar langit dek indah dihiasi dengan lampu-lampu malam, infrastruktur yang tersergam megah bagaikan istana kayangan Babylon, ya! Aku bangga dengan semua pencapaian ini. Lagi tinggi banggaku ini jikalau kesemua pencakar-pencakar langit ini mempotraitkan keharmonian rakyat yang miskin dan kesedaran rakyat yang kaya, ketulusan terhadap cara yang sistematik dan kebencian kepada rasuah, dan pencakaran mentaliti kelas pertama yang dipamerkan oleh rakyat-rakyat Malaysia. Aku impikan pencakaran bangunan minda yang tidak buang sampah merata-rata, sifat cintai tandas-tandas awam, senyuman terhadap pelanggan, lafaz terima kasih, nilai murni membuka pintu untuk orang lain, dan keutamaan terhadap pejalan-pejalan kaki di laluan negara kita.

Alangkah bersyukurnya aku jikalau siswa-siswi dalam dan luar negara diberikan landasan demokrasi untuk menyuarakan pendapat, kerana inilah generasi yang menjadi 'beacon of flame' untuk negara pada masa akan datang. Yang akan menentukan hala tuju dan perjalanan polisi-polisi untuk mencapai taraf negara maju, seperti yang dilaungkan oleh para pemimpin dari dulu hingga sekarang, yang tidak lekang dek hujan dan panas, yang aku harapkan bukanlah hanya tin kosong yang tiada gunanya. Janganlah dikunci mulut ini kerana gentarkan manusia dan sayangkan kuasa, janganlah dibutakan hati kami, kerana kami pelajar bangsa berjanji, di mana bumi dipijak, di situ langit darah bangsa kami dijunjung.

Merdekakah kita apabila hak-hak keistimewaan Islam dan Melayu yang dimaktubkan di dalam perjanjian kemerdekaan dipersoalkan dan dicabul oleh badan-badan yang buta lagi kabur yang berlagak bagaikan helang di langit tinggi padahal hanyalah seekor burung gagak yang lapar berterbangan mencari mangsa?

Merdekakah kita sebenarnya? Natijahnya, tidak sempurna merdeka kita jikalau apa yang aku coretkan di atas adalah benar dan hanya disambut dengan mata-mata pesimis yang hanya merugikan negara kita sendiri. Salahkah aku menyuarakannya?

Marilah kita mengambil iktibar daripada penindasan kuasa pada tahun 1988, yang menyebabkan Tun Salleh Abbas menjadi kabur dan hilang di tengah lautan perhakiman negara apabila beliau dilucutkan jawatan kerana memperjuangkan hak yang benar, sehingga beliau mengatakan "I was so disillusioned by the judiciary system till I told my children and grandchildren not to learn law".

Sama sama kita menganjakkan paradigma, membuka mata dan fikiran seluas lautan Pasifik, mengimpikan Malaysia mengembalikan kegemilangan Andalusia yang terletak di tangan-tangan yang sedar akannya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke -49.

And this is the first and the last for me to write about our Independence Day.

Kepada bondaku yang berada di London pada masa ini dan ayahandaku yang sedang mendendangkan lagu Frank Sinatra, anakanda dengan ikhlasnya menguntaikan ucapan terima kasih kerana me'merdeka'kan diriku ini :)

7 comments:

Nurul Hayati said...

Happy merdeka sharazad! may our beautiful country remain peacefull, united, progressive, prosperous and loved by all.:)

Anonymous said...

The effort for independence was spearheaded by Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, the first Prime Minister of Malaysia, who led a delegation of ministers and political leaders of Malaya in negotiations with the British for Merdeka, or independence. Once it became increasingly clear that the Communist threat posed during the Malayan Emergency was petering out, agreement was reached on February 8, 1956, for Malaya to gain independence from the British Empire. However, for a number of logistical and administrative reasons, it was decided that the official proclamation of independence would only be made the next year, on August 31, 1957, at Stadium Merdeka (Independence Stadium), in Kuala Lumpur.

~hurmm.dat is da fact about our independence day...kalo gov bg student hak kebebasan bersuara n demokratik..maybe kita akan dijajah smule..cth: tgk la camne sambutan malam ambang merdeka..hancur dgn telatah remaja2 kita yg inginkan hak kebebasan....neway, learn more to be patriotik...we are malaysian!!

Sharazad said...

Dear Anonymous.

What is the significant of the freedom of speech of the university students and those teenagers who created the unwelcome baggage during the merdeka eve?

Let me clearly states to you - 2 subjects: Sensible university students VS the punky rocky teenagers who wanted the 'irrelevant' freedom on the merdeka eve.

Thus, your example is underneath the high thinking broad minding which fails to fathom my comprehension.

I love my country and yes I have the patriotism spirit. But you have to bare in mind, as Malcolm X said ~ You cannot be blinded by patriotism till you shut your dearly eyes and mind, no matter who says it, if it's wrong, it's still wrong :)

Anyway, thank you for your comment.

Learn more valuable input, from the right side, and the left side too. Do the in depth analysis.

Do not cloud your mind with a stumbling mindset :)

Cheers.

Sharazad said...

And dear anonymous.

I am afraid you failed to understand my message.

I am a patriotic citizen, that's why I am ready to voice out anything for the betterment of Malaysia.

I try not to be coward for not voicing out any views and opinions because of fear towards specific political ideologies :)

Anonymous said...

hurmm..cool young man..u look so presured after read my comment..i understand what u mean..i just wanna ask u sumtink about student ideologist?do u involve in student board at campus?
what i mean by "learn to be be patriotic" doesn't mean dat u are not a patriotic citizen...i'm proud of you..but, u shud learn more...byk yg u x pernah tau pon.ape yg u voice out kat ur blog ni still skit..just a litle input about ur spirit.i'd learn more valuable input, from the right side, and the left side too.dun tink dat i'd got a typical people mindset...maybe we can share more..neways,i was enjoy reading ur blog...keep it on..

~~MERDEKA =)

Sharazad said...

Alright dear Anonymous.
Looking forward to share views and opinions from you :)

Anonymous said...

anytime..as ur wish.. =)